Wednesday, 7 September 2016

Gunung Tianmen

Gunung Tianmen merupakan Gunung yang memiliki julukan “Heaven Gate Mountain” yang terkenal kerana keunikannya. Terletak di ketinggiannya, Gunung Tianmen tampak memiliki sebuah pintu yang menuju ke langit.
Gua di Tianmen memiliki bentuk seperti pintu yang menghadap ke langit. Konon ceritanya, pintu ini terbentuk kerana tebing yang runtuh dan membentuk lubang seperti pintu. Sehingga, masyarakat China menyebutnya sebagai “sebuah jalan terdekat yang ada di bumi untuk bertemu Tuhan”.
     Gunung Tianmen dilokasi tidak jauh dari kota Zhangjiajie, China. Perjalanan dari kota menuju Gunung Tianmen hanya berjarak 7 km saja. Pengunjung Heaven Gate Mountain akan dimanja dengan berbagai-bagai pemandangan menarik dan bersejarah. Seperti, Gua yang dibangun pada tahun 263 Masihi serta kuil yang berusia 500 tahun yang digunakan untuk tempat peribadatan oleh masyarakat sekitar.
Tianmen juga memiliki pemandangan yang sangat mempesonakan kerana dipenuhi oleh flora dan fauna yang banyak dan perlu diketahui bahawa waktu siang di Tianmen lebih lama dibanding dengan waktu malamnya. Hal ini terjadi kerana, Gunung Tianmen memiliki matahari terbit 30 minit lebih cepat dan terbenam 45 minit lebih lama daripada kota Zhangjiajie. Tianmen memiliki suhu kurang dari 10 darjat celcius, bererti lebih dingin dibanding kota Zhangjiajie. Disebabkan Gunung Tianmen memiliki perputaran matahari yang lebih lama, maka Tianmen dijuluki “Endless Sky Without Darkness” dan diyakini tiada kegelapan di Gunung Tianmen.
Image result for gunung tianmen


Tibet

Tibet ialah sebuah kawasan penara di Asia Tengah dan petempatan asli bagi orang Tibet. Dengan ketinggian purata sebanyak 4,900 meter (16,000 kaki), Tibet merupakan rantau yang tertinggi di Bumi dan sering bergelar "Bumbung Dunia."
Kini, Tibet dikuasai Republik Rakyat China (PRC) (dan sebahagian kecilnya, bergantung kepada definasi, juga dikuasai India). Sebagai sebuah mandat eksklusif, Tibet juga secara rasminya dituntut Republik China (Taiwan). Dalam perdebatan kedaulatan Tibet, kerajaan Republik Rakyat China dan Kerajaan Tibet Dalam Buangan tidak bersepakat mengenai bila Tibet menjadi sebahagian China, dan sama ada penggabungannya dengan China ini sah mengikut undang-undang antarabangsa.
Raja Songtsän Gampo menyatukan berbilang bahagian di rantau ini pada abad ke-7. Sejak awal 1600-an, Dalai Lama yang sering dikenali sebagai pemimpin kerohanian rantau ini[1], dipercayai merupakan kedatangan Avalokiteśvara ("Chenrezig" [spyan ras gzigs] dalam bahasa Tibet), iaitu bodhisattva belas kasihan.
Sejak abad ke-17 hingga tahun 1959, Dalai Lama dan pemangku-pemangku mereka merupakan kuasa politik utama yang menguasai hal keagamaan dan pentadbiran Tibet dari pusat kerajaan tradisinya Lhasa, yang dianggap sebagai bandaraya paling suci di Tibet.

Image result for menara tibet di sichuan barat

Shanghai China

Shanghai yang terletak di tebing Delta Sungai Yangtze di China Timur ialah bandar raya terbesar Republik Rakyat China serta bandar raya yang kelapan terbesar di dunia. Dianggap secara meluas sebagai kubu kota ekonomi moden China, bandar raya ini juga bertindak sebagai salah satu pusat kebudayaan, perdagangan, kewangan, perindustrian, dan komunikasi yang terpenting di China. Dari segi pentadbiran, Shanghai ialah kawasan perbandaran Republik Rakyat China yang berperingkat provinsi statusnya. Pelabuhan Shanghai juga merupakan salah satu pelabuhan yang paling sibuk di dunia, dan pernah menjadi pelabuhan kargo yang terbesar di dunia pada tahun 2005.

     Pada asalnya merupai sebuah kota perikanan yang lengang, Shanghai menjadi bandar raya China yang terpenting menjelang abad ke-20 serta pusat kebudayaan rakyat, maksiat, perbincangan ilmiah, dan komplot-komplot politik semasa Republik China. Pada suatu ketika, Shanghai menjadi pusat kewangan yang ketiga terbesar di dunia, selepas Bandaraya New York dan London, serta bandar raya perdagangan yang terbesar di Timur Jauh pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Selepas ambil alih komunis pada tahun 1949, Shanghai menjadi lembap di bawah pencukaian kerajaan pusat yang begitu berat serta penyingkiran kebanyakan unsur borjuisnya. Menyusuli kebenaran kerajaan pusat terhadap pembangunan semula ekonomi pasaran Shanghai pada tahun 1992, Shanghai dengan pantasnya mengatasi Shenzhen dan Guangzhou yang telah bermula lebih awal dan sejak dari masa itu, bandar raya ini telah mendahului pertumbuhan ekonomi China. 
    
     Setengah-setengah cabaran masih dihadapai oleh Shanghai pada permulaan abad ke-21, dengan bandar raya ini menghadapi penghijrahan pekerja yang semakin meningkat serta jurang kekayaan yang besar. Bagaimanapun dengan mengetepikan cabaran-cabaran tersebut, pencakar-pencakar langit dan gaya hidup moden Shanghai menandakan mercu pembangunan ekonomi China yang baru-baru ini.

Gambar di bawah menunjukkan Pearl Tower Shanghai China.
Image result for shanghai china

Monday, 5 September 2016

Tembok Besar China

Tembok Besar China tidak panjang terus menerus, tapi merupakan kumpulan tembok-tembok pendek yang mengikuti bentuk pegunungan Tiongkok utara. Pada tanggal 18 April 2009, setelah investigasi secara akurat oleh pemerintah Republik Rakyat Tiongkok, diumumkan bahwa tembok raksasa yang dikonstruksikan pada periode Dinasti Ming panjangnya adalah 8.851 km.
Menurut catatan sejarah, setelah tembok panjang dibangun oleh Ming, barulah dikenal istilah "changcheng" (长城, "tembok besar" atau "tembok panjang"). Sebelumnya istilah tersebut tidak ditemukan. Istilah Tembok Besar Tiongkok dalam Bahasa Mandarin adalah "wanli changcheng", bermakna "tembok yang panjangnya 10 ribu li". Pada masa sekarang istilah ini resmi digunakan.
Pada tahun 2009, Badan Survei dan Pemetaan dan Badan Administrasi Warisan Budaya Republik Rakyat Tiongkok melakukan penelitian untuk menghitung ulang panjang Tembok Besar Tiongkok. Hasil penelitian menunjukkan bahwa Tembok Besar Tiongkok lebih panjang daripada rentang yang saat ini diketahui. Menurut pengukuran, panjang keseluruhan tembok mencapai 8.850 km. Proyek tersebut juga telah menemukan bagian-bagian tembok lain yang panjangnya 359 km, parit sepanjang 2232 km, serta pembatas alami seperti perbukitan dan sungai sepanjang 2232 km. Rentang rata-rata Tembok Besar Tiongkok adalah 5000 km, umumnya dikutip dari berbagai catatan sejarah.

Kota Larangan


Kota Larangan merupakan istana rasmi bagi maharaja China yang mula digunakan semasa Dinasti Ming sehingga akhir Dinasti Qing. Ia terletak ditengah-tengah kota Beijing, China, yang kini menempatkan Muzium Istana. Istana ini telah digunakan sebagai kediaman bagi maharaja dan keluarganya, selain menjadi pusat istiadat dan politik kerajaan China selama hampir 500 ratus tahun.

Dibina pada 1406 hingga 1420, kompleks ini mengandungi 980 buah bangunan yang terselamat dan 8,707 buah bilik dan merangkumi kawasan seluas 720,000 meter persegi (7,800,000 kaki persegi). Kompleks istana ini menjadi contoh senibina agam China tradisional, pengaruh budaya serta pembangunan senibina di Asia Timur dan tempat-tempat lain. Kota Larangan telah diistiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia pada 1987,dan disenaraikan oleh UNESCO sebagai himpunan terbesar struktur kayu terpelihara di dunia.

Sejak 1924, Kota Larangan telah diletakkan di bawah pentadbiran Muzium Istana, yang telah mengumpul banyak artifak dan kerja seni yang telah dikumpulkan semasa Dinasti Ming dan Qing. Sebahagian daripada bekas koleksi muzium kini ditempatkan di Muzium Istana Kebangsaan di Taipei, Taiwan. Kedua-dua muzium berasal daripada institusi yang sama, tetapi telah berpecah semasa Perang Saudara China.